Sunday, April 5, 2009

Saya sangat penat..

Hari ini saya sangat penat.. Sejak bangun tidur, saya asyik bekerja tanpa henti. Mula2, masak nasi lemak sebab suami saya teringin. Kemudian, mengemas dapur kerana dapur saya, masya-allah hanya tuhan saja yang tahu.. Selepas makan tengahari, saya duduk membuat kerja sekolah sambil menonton Melodi dan Galaksi.. Kerja sekolah yang boleh disiapkan dalam masa 2 jam, menjadi 4 jam. Selepas kerja sekolah pertama saya siap, saya telah ke dapur semula untuk membuat tepung pelita. Setelah 2 jam di dapur, tepung pelita saya pun siap. Tetapi, malangnya, lapisan hijau itu terlampau lembik walaupun rasanya memang seperti rasa tepung pelita. Daun pisang di sini hanya ada jenis yang dibekukan. Jadi, ia amat lembik untuk dibuat acuan tepung pelita. Saya sangat sedih kerana selepas berjam2 saya di dapur, tepung pelita saya tak menjadi.. Damn you sape bagi resipi tuh.

Kemudian, saya telah merebus ayam pula untuk dibuat soto untuk lunch saya minggu depan. Saya selalunya akan menyediakan makan tengahari selama 5 hari kemudian disimpan dalam peti sejuk. Jika saya malas, saya akan suruh suami saya memasak nasi goreng kerana dia pandai masak nasi goreng dalam kuantiti yang banyak. Tetapi kerana dia sudah banyak menjaga saya semasa saya sakit, jadi saya tidak mahu menyusahkan dia lagi.Sambil menunggu suami saya mencarik ayam itu (sebab saya nak tulang ayam utk dibuat soto), saya sempat tidur. Saya terbangun dari tidur selepas suami saya kejutkan saya untuk makan malam. Selepas makan malam, saya kembali semula ke dapur untuk memasak soto dan nasi impit. Oleh kerana saya membuat nasi impit, maka alang-alang saya buat sekali kuah kacang untuk suami saya sebab dia tidak menggemari soto seperti saya.

Dan sekarang saya ingin kembali membuat kerja sekolah kedua pula. Saya sangat penat dan terasa seperti ingin menangis.. Maaf, saya tulis dalam bahasa baku kerana saya tension!!!

4 comments:

shila ariff said...

hai..dah jd isteri solehah..huhuhu...jelesnya aku..weekend baru dpt memasak utk suami..huhuhu..

p/s: selamat berbahagia nun jauh di sana..heeeee...

~aboto~ said...

beb.. banyak nya tahu resipi.. abot plak malas nya masak.. kalau boleh ari-ari nak yang goreng-goreng sajer.. ~lalalala~

Farina said...

Shila: Aku suka jadi macam kau.. Lagi best duk jauh2 dgn husband.Baru rindu tuh lagi membara.. Ouch... :)
Abot: Yelah, tgh preggie kan.. tuh bawaan anak je tuh.. hehe.. Anyway, updatelah selalu your blog abot.. Citer lah pasal baby tendang ke bla bla bla.. hehe :)

shila ariff said...

sedap le ko ckp...aku ni dah tak tahan..semggu sekali je dapat..hahahaha.....